♬ALyna's Diaries♬: Harapan

Entry Me Love Family Friends Post



  • Hi... Welcome to my blog. Bla..bla...bla... My name ALYNA !



owner

Contact Me

History

Credits
19:03 | 0 Cloud(s)
Harapan


Image result for harapan


Setiap orang pasti akan mengharapkan sesuatu yang lebih. Harapan yang dicipta mampu membuatkan seseorang itu menempuh sebarang kemungkinan yang berlaku. Harapan dicipta melalui minda atau hati yang paling dalam. Jika harapan itu dicipta menerusi hati, hati hanya akan mengutamakan apa yang paling penting untuk masa akan datang. Sekiranya harapan dicipta melalui minda, maka minda akan terbuka untuk pergi lebih jauh dan harapan boleh menjadi setinggi gunung. Gunung yang didaki terlalu tinggi boleh megakibatkan hati mati. Andai hati kuat, tidak ada yang dapat menghalangnya dan memberikan kata putus asa. Hati memerlukan dorongan, semangat dan kekuatan dalam mengecapi harapan agar menjadi realiti. Jangan memberikan penyesalan jika tiada usaha. Sentiasa cuba maju dan pulihkan apa yang tidak dapat dicapai. Tuhan mencipta penyesalan agar kita tahu tidak semua perkara boleh diulang kembali. Jadikan pengajaran dan iktibar dari setiap yang berlaku. Penyesalan tidak akan hadir sekiranya hati terbuka untuk menerima. Harapan yang dibina tanpa ada rasa kesal tidak kira pada masa lalu, masa kini atau masa akan datang dapat mengatasi rasa penyesalan untuk hadir di dalam hati.



Terkejut.....Terkejut bila soalan ini yang keluar "Ayg x mnyesal ke knal bie?" Tak pernah ada rasa kesal walau sedikit pun selama hubungan ini terjalin. Ayg sangat mengharapkan hubungan ini akan kekal walaupun kita kena hadap sebarang kemungkinan yang mungkin akan berlaku. Ayg taknak disebabkan perkara yang remeh boleh buatkan hubungan kita retak. Ayg tahu ayg tak sempurna, sering buat silap, tapi jangan sekali fikir untuk mengakhiri hubungan ini. Sedangkan bie boleh terima semua keburukkan ayg, ayg juga terima baik buruk bie. Ayg tak fikir untuk menyesal  sebab ayg hanya fikir saat-saat kita berdua bahagia bila bersama. Ayg bahagia bila bie disisi ayg, ayg bahagia bila bie ketawa, bila bie buat lawak, bila bie text ayg, bila bie call ayg, bila bie care sangat-sangat dengan ayg and ayg sangat la happy bila kita bersama. Ayg tak tahu apa yang bie fikirkan? apa yang mengganggu fikiran bie? Tapi ayg tahu apa yang bie fikirkan itu semua adalah tentang ayg and bie takut berulang kembali. Ayg tahu sangat sukar untuk kembalikan kepercayaan bie pada ayg, ayg faham kalau bie belum dapat percaya ayg sepenuhnya, ayg tak tahu apa lagi yang ayg perlu buktikan walau[un ayg dah bagi semua password, dan tukar semua profile pic kita bersama. Ayg rasa semua orang dah boleh fikir yang ayg adalah milik bie seorang. Tapi mungkin semua itu tak cukup, hanya masa yang dapat ubat kepercayaan bie pada ayg. Kadang ayg sendiri terfikir dan takut jika ayg akan ditinggalkan hidup-hidup sekali lagi macam before this, ayg takut jadi baik, ayg takut untuk berharap, ayg takut bie rimas dengan ayg, ayg takut bie yang akan menyesal kenal dengan ayg, ayg takut bie akan jumpa yang lebih baik dari ayg, and ayg takut kalau ayg tak cukup membahagiakan bie. Tapi ayg still lagi percaya yang bie sayangkan and cintakan ayg sepenuh hati bie and takkan buat macam tu. Ayg terlalu sayangkan bie, rasa sayang dan cinta pada bie kian bertambah dan semakin kuat, ayg terlalu sayangkan hubungan kita, ayg taknak hilang bie, ayg betul-betul hanya ada bie seorang yang ayg cinta.

...AYG CINTAKAN BIE SANGAT-SANGAT SETULUS HATI DAN IKHLAS...

0 Comments:


Post a Comment